10 Rutin Penjagaan Kulit Wanita Korea Untuk mendapatkan kulit Muka Licin, Cerah Putih Dan Gebu. Mudah Cepat Rugi Tidak Cuba.

 

Nak tampil flawless seperti orang Korea di Hari Raya yang akan datang? Masih belum terlambat lagi untuk anda amalkan 10 step-by-step rutin penjagaan kulit wanita-wanita Korea. Seperti yang ramai sedia maklum, orang Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sungguh bersih, licin dan bercahaya walaupun tanpa makeup. Setiap kali menonton drama Korea ataupun makeup tutorial orang Korea, anda pasti tertanya-tanya, “macam mana nak dapat kulit macam diaorang ni?”, kan? Mereka mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit! Bunyi macam susah je kan? Jangan risau, hari ini saya akan membimbing anda dari langkah 1 hingga langkah 10.

make-up-remover-IMG_9051

Langkah 1: Makeup remover + oil cleanser

Apa? Oil cleanser untuk cuci muka yang dah berminyak bagaikan kuali nak goreng ikan?! Jangan panic! Tahukah anda, oil cleanser sangat berkesan untuk menanggalkan makeup yang degil serta mencairkan daki-daki yang terdapat di muka terumatanya dalam pori-pori anda. Orang Korea percaya, jika pori-pori kita tersumbat dan tidak dicuci dengan betul, macam mana kulit kita nak serap product yang lain dengan effective? Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakan oil cleanser. Tambahan pula, terdapat banyak jenis oil cleanser di pasaran untuk semua jenis kulit.

 

Korean-Foaming-Cleansers

 

Langkah 2: Pencuci muka buih

Orang Korea mengamalkan sikap “double cleansing” untuk memastikan segala kotoran yang terdapat di muka betul-betul hilang dan seratus peratus bersih. Anda boleh menggunakan pencuci muka buih atau foam cleanser mana-mana sahaja tetapi seeloknya guna yang sesuai dengan jenis kulit anda. Anda juga boleh menggunakan berus muka yang dijual di mana-mana kedai kecantikan.

 

s-l300

 

Langkah 3: Scrub @ Exfoliator

Scrub atau exfoliator adalah sangat penting untuk menghilangkan sel-sel mati yang terdapat di muka anda serta dapat menyediakan kulit anda untuk menyerap product lain dengan lebih effective. Langkah ini hanya dilakukan 2 kali seminggu untuk mengelakkan kulit anda mengelupas dan kering akibat menyental muka setiap hari.

bestkcotoners2

 

Langkah 4: Toner

Toner berfungsi untuk mengimbangkan level pH kulit anda serta menghidrat kulit anda supaya lebih senang untuk menyerap product yang lain. Anda boleh menggunakan cotton pad dan sapu muka anda secara perlahan-lahan atau menuang toner anda ke tangan anda dan menepuk toner tersebut di muka anda dengan perlahan-lahan.

Essences

Langkah 5: Essence

Langkah ini adalah langkah yang paling penting bagi semua wanita Korea. Langkah ini juga merupakan langkah yang paling effective dalam penjagaan kulit. Apa itu essence? Essence ialah sejenis product yang berfungsi sebagai toner dan serum. Eh, tadi kan dah pakai toner? Betul, tapi essence berfungsi untuk membaiki kulit anda serta menolong dalam perolehan sel. Cara untuk memakai essence adalah dengan menepuk product tersebut di muka anda degan perlahan-lahan.

 

Korean-Serums-1

6: Langkah Ampoules @ Serum / Skin-booster

Ampoules dan essence hampir sama tetapi ampoules merupakan essence yang lebih concentrated. Kebanyakan ampoules mempunyai tugasnya yang lebih spesifik seperti mencerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat, mengetatkan pori-pori dan sebagainya. Cara memakai ampoules sama seperti memakai essence. Kenapa orang Korea suka menepuk product mereka dan tidak menyapu atau “mengurut” product tersebut ke dalam kulit mereka? Ini kerana orang Korea mempercayai bahawa kulit kita akan hilang ketegangan dan senang kedut ketika usia tua nanti apabila “ditarik-tarik” dari usia muda.

silentlyfree-beauty-kbeauty-korean-sheet-masks-inisfree-rice-aloe-manuka-honey-01

 

Langkah 7: Sheet Mask

Sheet masks ibarat jiwa raga penjagaan kulit bagi orang Korea. Sheet masks kaya dengan essences yang baik untuk kulit seperti collagen atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu untuk memperbaharui kulit kita. Time ni lah sesuai kalau nak berselfie atau membaca dan relax kerana sheet masks disyorkan untuk dipakai selama 15-20 minit. Kena pakai setiap hari ke? Terpulang kepada anda! Jika kulit anda jenis yang lebih kering, anda boleh memakainya setiap hari tetapi jika kulit anda lebih berminyak, dua kali seminggu sudah cukup.

 

640x430-eye-treatments-spf

 

Langkah 8: Eye Cream

Kulit di bawah mata kita adalah area yang sangat sensitif dan halus jadi tanda-tanda awal penuaan akan nampak di area mata dahulu. Oleh itu, kita haruslah menggunakan eye cream untuk mengelakkan kedutan muncul pada usia yang muda. Cara anda memakai eye cream adalah dengan menggunakan jari cincin anda dan dab dengan perlahan-lahan di area bawah mata anda. Jangan sesekali menggosok product tersebut ke dalam kulit anda.

dr11

 

Langkah 9: Moisturizer

Eh, moisturizer lagi? Jangan risau, walaupun muka anda akan rasa seperti sudah dibalut dengan product seperti mummy, hasil yang akan didapati amat berbaloi. Orang Korea berkata bahwa kita haruslah sentiasa melembapkan kulit kita, walaupun kulit kita jenis yang berminyak. Jika anda tidak boleh hidup tanpa air, anda rasa kulit anda boleh hidup tanpa air? Itulah yang dikatakan kepada saya apabila saya menanyakan seorang teman Korea kenapa kita harus melembapkan kulit kita sampai begitu sekali. Terdapat banyak jenis moisturizer di pasaran jadi carilah yang sesuai untuk kulit anda dan menyapunya di muka serta leher anda dua pada waktu pagi dan malam.

 

Korean-Sunscreens

 

Langkah 10: Night Cream / Sunblock

Ahkirnya! Langkah terakhir! Pada waktu siang, langkah yang terakhir merupakan sunblock. Walaupun anda ke kelas atau ke kerja di dalam bangunan, kita tetap akan terdedah kepada sinaran matahari yang boleh merosakkan kulit. Oleh kerana sinaran matahari di Malaysia tidak mengancam seperti di Korea, sunblock yang mempunyai SPF15 sudah cukup buat anda. Pada waktu malam pula, langkah terakhir adalah night cream. Selalunya, night cream yang popular dan selalu digunakan oleh wanita Korea adalah night cream yang mengandungi bahan yang diperam atau fermented.

10 langkah memang macam penat tapi percayalah, hasilnya amat berbaloi! Dan selalunya, rutin ini hanya memerlukan 15-20 minit, tidak termasuk sheet mask. Dalam masa 2 minggu sahaja, anda boleh merasai dan melihat perbezaan yang ketara. Tak perlu facial yang mahal mahal dah! Semoga dapat memanfaatkan anda semua dengan info tentang penjagaan kulit orang Korea.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *