5 Fakta Seks Suami Isteri

Apabila berkata mengenai hubungan seks, kebanyakan fakta seks yang terkeluar adalah salah berbanding yang benar. Ini kerana fakta tersebut datang dari hasil kajian yang tidak menyeluruh. Berikut adalah lima fakta mengenai hubungan seks:
Fakta seks pertama: 
Seks dan cinta adalah dua unsur berlainan. Cinta tidak cukup untuk menjadikan hubungan seks itu hebat. Hubungan seks yang hebat datang dari diri anda sendiri dan bukannya perasaan cinta. Cinta hanya memainkan peranan merelakan diri disetubuh dalam hubungan seks. Jadi, perasaan cinta tidak menjamin hubungan seks anda akan jadi hebat.
Fakta seks kedua: 
Seks memerlukan daya kreativiti. Kehidupan seks sebagai suami isteri memerlukan kreativiti untuk jadikan ia lebih hebat dan nikmat. Jika anda tiada kreativiti, hubungan seks anda akan menjadi sangat bosan dan lama kelamaan anda berdua akan hilang mood untuk bersetubuh.
Fakta seks ketiga: 
Hubungan emosi yang rapat antara suami isteri tidak semestinya akan membuatkan anda berdua lebih hebat di ranjang. Walaupun anda berdua rapat dan memahami antara satu sama lain, ia tidak semestinya akan jadikan hubungan seks anda lebih nikmat dan hebat. Untuk peroleh hubungan seks yang hebat, anda perlu pandai merangsang pasangan masing-masing.
Fakta seks keempat: 
Menjadi ibu bapa dan pasangan anda perkara yang berbeza. Ramai pasangan yang makin kurang aktiviti seks mereka apabila mereka peroleh anak. Sebagai pasangan, hubungan seks perlu untuk mengekalkan hubungan. Ibu bapa pula adalah satu tanggungjawab. Jadi, jika anda menjadi ibu bapa yang baik, tidak semestinya ia menjamin kepuasan seks.
Fakta seks kelima: 
Hanya isteri yang tahu apa yang boleh merangsang suami mereka. Walaupun suami selalu memberi kepuasan kepada isteri mereka di ranjang, mereka tidak boleh lari dari kenyataan yang isterilah yang merangsang mereka untuk mengadakan hubungan seks yang hebat. Bagi isteri, jika anda tahu bagaimana hendak merangsang suami anda, hubungan anda berdua akan kekal selama–lamanya. Fakta di atas merupakan ‘mythbuster’ kepada fakta-fakta dongeng yang kita pelajari dari kawan-kawan, orang cakap dan sebagainya. Semoga kehidupan seks anda akan bertambah baik dengan mengetahui fakta yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *