7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi. Mudah Cepat & Sangat Berkesan!!

CARA KEMPISKAN PERUT

Selepas mandi, cuba lihat diri sendiri di depan cermin. Suka atau tidak? Lebih-lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin, tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri sendiri.

Ramai di antara kita mempunyai masalah berat badan yang berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang paling obes.

Tidak dinafikan terdapat banyak cara dan tips untuk menguruskan badan dan telah berjaya melakukannya, tetapi di bahagian perut masih boroi dan menggeleber. Perut menggeleber, tentu sekali tidak seksi bukan?

Mari kita lihat pelbagai cara untuk kempiskan perut secara semulajadi. Tentu sekali sangat mudah. Cepat atau lambat, bergantung kepada tahap istiqamah kita sendiri.

1. MINUM AIR LIMAU

Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut secara semulajadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau.

Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap, akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda. Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut yang sangat berkesan. Utusan Malaysia ada laporannya.

2. MINUM TEH HALIA

Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik.

Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut. Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.

3. MAKAN IKAN SALMON

Seterusnya anda boleh mengamalkan diet yang mengandungi ikan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 dapat membantu memecahkan lemak dan terbukti dalam mengurangkan penyimpanan lemak di perut anda.

Jika anda tidak makan ikan, anda boleh menggantikannya dengan minyak ikan sebagai ganti Omega-3 tersebut.

Perlu diingat, ikan salmon sangat mahal. Kalau rasa tidak mampu, beli sahaja ikan yang lain! Dengan kata lain, cara kempiskan perut dengan makan salmon adalah untuk orang yang berkemampuan sahaja.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes.

Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula. Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula.

Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.

5. TIDUR SECUKUPNYA SEKURANG-KURANYA 6-8 JAM SEHARI

Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.

Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.

6. TINGKATKAN METABOLISME

Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan?

Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”.

Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori.

Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah.

Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.

7. GUNA 30 DAY AB CHALLENGE MOBILE APP

Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama.

Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!

HARAPAN KAMI

Diharapkan ada di antara cara-cara di atas dapat membantu anda untuk kempiskan perut secara semulajadi dan hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Jangan mudah give-up jika mahu kuruskan badan.

Selamat mencuba!

Cara Untuk Kempiskan Perut Dalam Masa 21 Hari

Adakah anda menghadapi masalah dengan perut anda? Adakah anda masih bermimpi tentang mempunyai 6 pek abs? Kami mempunyai penyelesaian untuk anda. Saya yakin yang awak pernah mendengar tentang plank, betul tak? Saya juga mengandaikan bahawa anda meremehkan keberkesanan latihan ini.

Tidak seperti crunches, yang lebih biasa dalam latihan abs, plank adalah latihan statik. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak menjadikannya lebih mudah. Lebih-lebih lagi, rancangan itu melibatkan kerja otot yang lebih banyak. Penekanan utama masih di atas badan. Otot korset yang dipanggil sebahagian besarnya apabila anda berdiri di kedudukan plank.

Nampaknya mudah tetapi percaya kepada kita, senaman tunggal ini akan membuat anda lebih berpeluh dari seratus crunches. Masalahnya adalah bahawa otot anda sentiasa tegang semasa senaman statik. Dengan cara ini mereka akan menjadi lebih kuat dalam tempoh yang lebih singkat.

Sekarang mari kita turun ke perjanjian. Hari ini kita mahu mencabar anda. Cabaran ini akan berlangsung selama 21 hari supaya tugasan akan dibahagikan kepada 3 minggu. Lets do it!

MINGGU 1

Hold plank untuk sekurang-kurangnya 30 saat. Anda boleh menaikkannya kepada 60 jika anda merasa mudah.

MINGGU 2

Tambah lagi 30 saat ke masa yang anda gunakan untuk menahannya.

MINGGU 3

Guess what? Satu lagi minit untuk menambah!

Tighten your belly in 21-day with the plank challenge

Do you have problems with your belly shape? Are you still dreaming about having 6 packs abs? We have a solution for you. We bet that you have heard of the plank, haven’t you? We also assume that you underestimate the effectiveness of this exercise.

Unlike crunches, which are more common in abs workouts, the plank is a static exercise. However, this fact does not make it easier. What is more, the plank involves the work of a lot more muscles. The main emphasis is still on the upper torso. The so-called corset muscles are largely exerted when you are standing in the plank position. It might seem to be easy but, trust us, this single exercise will make you sweat harder than a hundred crunches. The thing is that your muscles are always tense during a static workout. This way they will become stronger in a shorter period of time.

Now let’s get down to the deal. Today we want to challenge you. This challenge is going to last for 21 days so the tasks will be split into 3 weeks. Let’s nail it!

Week 1

Hold the plank for at least 30 seconds. You can increase it to 60 when it gets easy to hold the position.

Week 2

Add another 30 seconds to the time that you used to hold it.

Week 3

Guess what? Another minute to add!

Sumber : BetterMe & kucinghitamm.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *