Antara Artis Yang Mempunyai Beg Mewah…Harga Boleh Terhenti Jantung Woww Woww !!!

Sebagai artis tanah air tentunya penampilan bermula dari atas hinggalah bawah selalu akan menarik minat masyarakat. Malah ia sudah menjadi trend kalangan anak muda. Salah satu yang ditiru oleh kebanyakan orang tentunya adalah beg tangan super mahal yang dimiliki oleh artis. Koleksi beg tangan mereka seolah-olah boleh buka butik sendiri.

Apa sahaja dengan nama Louis Vuitton adalah sangat ekslusif dan melambangkan imej mewah. Ianya bermula pada tahun 1854 di Kota Paris. LV dinamakan sebagai antara jenama paling berpengaruh di dunia selama 6 tahun berturut-turut.

Tas tangan LV artis ini harganya boleh mencapai puluhan hingga ratusan ribu ringgit. Malah ada seorang artis yang beg tangannya sahaja harganya sampai RM23k. Wah wah!, siapa agaknya ya? Lihat gambar-gambar di bawah ini, seperti disenaraikan oleh Hangat.com dari berbagai sumber. Harga hanyalah sekadar anggaran.

Marion Caunter: LV Chain It Bag (RM10,864.00)

Jenis tas tangan yang dipakai oleh bekas hos TV ini tidak dapat ditemui melalui laman web LV. Kemungkinan ia direka khas buat Marion.

Uqasha Senrose: LV Petite Malle ( RM23,526.00 )

Jika dilihat pada gambar-gambar yang dimuat naik oleh Uqasha di Instagram miliknya, pelakon muda ini mempunyai banyak koleksi tas tangan berjenama.

Dato’ Aliff Syukri: LV Men Bag Totes (RM7,656.00)

Rasanya semua orang tahu perangai Aliff yang gemar menunjuk barang-barang jenama miliknya di Instagram mahupun di mana-mana media sosial. Selain beg LV, Aliff juga pernah menunjukkan barang-barang LV yang lain seperti kasut dan cincin.

Datuk Seri Vida: LV Chain Bag (RM16,682.00)

Sukanya tengok jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida “shopping” membeli barangan berjenama. Laman sosial Instagram milik Vida, berkongsi segala aktiviti “shopping” Vida, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anaknya. Tas tangan ini antara puluhan koleksinya jenama LV. Boleh tahan mahal juga!

Fasha Sandha: LV Monogram Canvas (RM3,469.00)

Fasha memang dikenali sebagai selebriti yang tak pernah kalah dalam fesyen sejak bergelar selebriti. Beg kecil jenama LV yang dipakai nampak ringkas tetapi bergaya.

Kagumkan? Tak salah berbelanja selagi mampu untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Jadikan inspirasi bukannya untuk dikecam nanti nampak ada unsur dengki la pula. Husnuzon!

Beg tangan pelengkap gaya

Beg tangan antara aksesori wajib pelengkap gaya wanita. Malah, kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambahkan kecantikan dan keanggunan si pemakai.

Ada di kalangan wanita mahu penampilannya sentiasa sedondon dengan pemilihan warna kasut, baju dan beg tangan dan ada juga yang tidak kisah dengan perkara seperti itu.

Lebih mengagumkan, trend pemakaian beg tangan berjenama turut mempengaruhi wanita untuk berhabis wang ringgit bagi memiliki beg tangan idaman hati.

Maka tidak hairanlah sebilangan besar wanita memiliki lebih daripada satu koleksi beg tangan yang berlainan, yang pastinya memiliki reka bentuk, saiz, jenama dan material berbeza.

Baru-baru ini, pelancaran butik beg tangan berjenama, Empire Luxury City telah dijalankan di pusat membeli-belah, Empire Gallery Subang Jaya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah barisan selebriti popular iaitu Erra Fazira, Scha Alyahya dan Amber Chia.

Di kesempatan itu, Sinar Harian sempat menemu bual sejauh mana kepentingan beg tangan berjenama dan antara koleksi yang dimiliki ketiga-tiga selebriti tersebut. Mari kita lihat apa pendapat mereka.

Punya koleksi istimewa: Erra

Mengakui kepentingan beg tangan sebagai pelengkap gaya, pelakon jelita, Erra Fazira mengatakan jenama bukanlah sesuatu yang penting dalam pemilihan aksesori lengkap itu.

Malah baginya, kualiti adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita untuk membuat pilihan yang tepat terhadap beg tangan yang ingin dibeli.

“Saya sendiri bukanlah seorang yang terlalu obses terhadap beg tangan berjenama antarabangsa, asalkan ia cantik dan berkualiti, ia sudah cukup buat saya tertarik untuk memilikinya.

“Tapi saya akui akan membeli beg tangan yang berjenama sekali-sekala untuk kepuasan diri sendiri, tetapi mengikut kemampuan.

“Bagi saya tidak ada masalah buat wanita yang mampu dari segi kewangan untuk memiliki beg tangan yang mahal, tetapi saya tidak bersetuju jika ada di kalangan wanita yang sanggup berhutang untuk itu kerana ia bakal mengundang pelbagai masalah ,”katanya.

Menyentuh mengenai koleksi beg tangan yang dimilikinya, Erra memberitahu, sepanjang bergelar selebriti, sehingga kini, dia memiliki 50 beg tangan pelbagai jenama.

“Dalam banyak-banyak jenama yang ada, saya lebih menggemari Louise Vuitton dan inilah antara beg tangan berjenama antarabangsa pertama yang saya miliki.

“Saya suka dengan rekaannya yang klasik dan boleh dipakai sepanjang zaman. Selain daripada itu, kualiti produknya yang tahan lama juga antara faktor saya lebih tertarik kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Apabila ditanya koleksi termahal yang pernah dimilikinya, Erra mengatakan dia memiliki sebuah bagasi berjenama Louise Vuitton yang berharga belasan ribu ringgit.

Berkorban demi keluarga, karier

Sementara itu, Erra yang baru-baru ini terpaksa menarik diri daripada pementasan teater Tun Siti Hasmah ini mengatakan dirinya sibuk dengan beberapa program yang diaturkan Astro sehingga hujung tahun ini.

“Bulan depan, saya akan mula mengikuti penggambaran drama. Bagaimanapun tajuknya masih lagi belum dimaklumkan kepada saya.

“Dalam drama itu, saya bakal digandingkan dengan seorang pelakon lelaki daripada Indonesia ,”katanya.

Bercerita mengenai kehidupannya, Erra mengakui menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya tidak mudah, malah memerlukan sedikit pengorbanan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

“Sibuk bagaimana sekalipun, saya tidak mahu mengabaikan keluarga terutamanya terhadap anak yang kini semakin membesar dan memerlukan perhatian secukupnya.

“Kalau ada masa, saya sendiri yang akan menghantarnya ke tadika, jika tidak ada masa, suami saya yang akan uruskannya,” ujarnya.

Amber sanggup berhabis puluhan ribu

Jika disebut mengenai fesyen sudah tentu ia begitu sinonim dengan bidang peragaan dan kehadiran super model Malaysia, Amber Chia ke majlis pelancaran butik tersebut seakan satu perkara yang tepat.

Bertanyakan jumlah koleksi beg tangannya, Amber Chia mengatakan dia memiliki lebih kurang 200 beg tangan, di mana 80 daripadanya adalah beg berjenama antarabangsa.

“Saya ada koleksi beg tangan yang banyak kerana saya seorang yang suka padankan aksesori itu dengan kasut dan baju. Koleksi yang saya ada terdiri daripada pelbagai jenis dan jenama, antaranya Louis Vuitton, Gucci, Prada, Chanel, Jimmy Choo, Versace, Coach dan banyak lagi.

“Bagi saya kesesuaian beg tangan untuk digayakan seseorang adalah penting. Kalau ada jenama, tetapi tidak sesuai dengan penggayaan kita, ia tidak berbaloi,” katanya.

Sebagai seorang model, Amber mengakui dirinya bertanggungjawab  membawa fenomena fesyen terbaru untuk tatapan masyarakat tempatan dan tidak menafikan beg tangan adalah salah satu aksesori terpenting baginya.

“Antara beg kesayangan saya adalah berjenama Hermes dan ia antara koleksi termahal yang saya ada dengan harga puluhan ribu.

“Saya akui saya bukanlah seorang wanita yang taksub untuk mengumpul beg tangan yang berjenama, asalkan beg itu berkualiti dan cantik, ia sudah memadai buat saya,” ujarnya.

Peragaan, Amber kini gembira kerana segala pengalamannya sebagai seorang model dapat dikongsi kepada bakat baru yang menyertai Amber Chia Academy yang ditubuhkannya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, akademi yang ditubuhkan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada pelajarnya itu semakin berkembang dan kini telah memiliki empat cawangan.

“Menguruskan akademi ini adalah kepuasan bagi saya kerana melaluinya, saya dapat berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang mahu serius dalam bidang ini.

“Saya gembira kerana ada di kalangan pelajar akademi berjaya membawa nama sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah dan perkara itu telah membuatkan saya lebih bangga dan senang untuk meneruskan pengurusan akademi ini,” katanya.

Walaupun sibuk menguruskan akademi, ibu kepada seorang anak ini mengakui gembira melihat gelagat putera kesayangannya, Ashton, 2, yang semakin membesar.

“Walaupun sibuk dengan akademi, saya beri masa secukupnya kepada suami dan anak saya. Sejujurnya, kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri buat hidup saya lebih bahagia.

“Saya akan pastikan, kerjaya tidak menghalang saya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga kerana saya tidak mahu terlepas momen indah bersama mereka,” katanya.

Scha pilih sederhana

Sebagai seorang wanita yang lebih gemarkan kesederhanaan, Scha Alyahya akui koleksi beg tangan yang dimilikinya tidaklah begitu banyak.

Walaupun begitu, sebagai seorang wanita, Scha tidak menafikan keinginannya untuk memiliki beg tangan berjenama.

“Saya seorang yang gilakan beg tangan, tapi koleksi yang saya ada tidaklah begitu banyak sebab saya bukan pengumpul dan saya juga tidaklah begitu kerap membeli beg tangan. Kalau ada yang berkenan barulah saya akan beli.

“Setakat ini antara jenama beg tangan yang saya ada adalah Chanel, Balenciaga, Marc Jacobs, Mulberry, Tods, Christian Dior, Bottega Veneta, Furla dan Louis Vuitton. Jenama yang sentiasa menjadi pilihan saya adalah Balenciaga kerana reka bentuknya yang menarik,” katanya.

Bertanya mengenai cita rasanya, Scha mengatakan dirinya lebih gemar memiliki beg tangan yang lebih klasik kerana ia sesuai digayakan sepanjang masa. “Saya amat pentingkan kualiti dan tidak ambil kisah tentang jenama, tapi semuanya mengikut kemampuan. Kalau ada duit poket lebih, saya akan beli yang berjenama.

“Bagi saya beg tangan melambangkan identiti dan karakter kita. Sebagai pelakon, saya rasa, beg tangan antara keperluan penting untuk membawa barang diperlukan,” katanya.

Bahagia bersama Awal

Berkongsi cerita mengenai kehidupan di alam berumah tangga, bintang Awan Dania ini mengakui bahagia menjalani kehidupan harian bersama suami tercinta, Awal Ashaari.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa dan kami bahagia bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya, namun kami tidak boleh berenggang.

“Saya bertuah sebab Awal sangat memahami dan perkara itu membuatkan kami lebih senang bersama,” katanya.

Katanya, sebagai seorang pelakon, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memperbaiki mutu lakonannya.

“Setakat ini, saya masih belum berpuas hati dengan karier ini kerana banyak yang belum tercapai. Mungkin saya perlu belajar menjadi lebih yakin untuk membuka diri kepada peluang yang akan datang.

“Bukan mudah menjadi seorang pelakon yang baik, tapi atas minat yang mendalam, saya mahu lakukan yang terbaik dalam bidang ini,” katanya.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *