“Awek Cendol Ditawar Berlakon, Rosak Industri Drama”

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan video yang pernah viral sebelum ini mengenai gadis yang kempunan cendol dengan muka kemerah-merahan. Memang trending di media sosial sehinggakan ramai selebriti melakokan parodi ‘Awek Cendol’ tersebut.

Gadis tersebut Nija atau nama sebenarnya Anizah Tahang mula bergelar Instafamous selepas video tersebut popular. Terbaru, Nija dikatakan mendapat tawaran berlakon sebuah drama berjudul ‘Lelaki Tak Pernah Puas’ yang bakal disiarkan Aidilfitri nanti.

Nija juga sempat kongsikan gambar bersama hero drama tersebut iaitu Tuan Mohd Faiz menerusi akaun Instagram miliknya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas tawaran tersebut dan ramai yang tidak sabar untuk menonton drama yang dilakonkan oleh Nija. Tidak kurang juga ada yang mengatakan boleh rosak industri drama Malaysia jika diberikan tawaran berlakon kepada sesiapa saja tanpa melihat pada bakat.

Punah pengarah zaman sekarang, dah la viral benda bodoh


Mungkin dah rezeki Nija. Tetapi jika dilihat pada industri drama Malaysia, ramai pelakon berbakat tiada tawaran berlakon dan rata-rata pelakon yang menghiasi kaca televisyen hanya bersandarkan pada rupa semata-mata.

SUMBER OHMYMEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *