Bilakah kapsul Yang Ditanam Oleh Tun Mahathir akan dibuka !!!

Sejak tiga minggu lalu, orang ramai mula tertanya-tanya mengenai isi kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1994 di kawasan rehat Rawang sempena perasmian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) .

Pelbagai pihak hari ini tertanya-tanya sama ada kemungkinan terdapat acara khas bagi meraikan detik bersejarah itu bakal diadakan. Kapsul di tepi lebuh raya PLUS ini dianggap yang pertama daripada projek peringatan yang dibuat oleh Tun Mahathir semasa pentadbirannya.

Menerusi gambar yang telah tersebar luas di media sosial, sebuah ‘kapsul masa’ yang mengandungi dokumen yang ditanam oleh Tun Mahathir 24 tahun lepas.

Menerusi  gambar diatas, catatan pada tugu tersebut ditulis, “Di bawah ini terletaknya sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen yang telah ditanam oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan akan dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018.”

Terdapat ‘kapsul masa’ yang masih ditanam di beberapa buah lokasi ketika ketika projek kompleks The Mall pada Jun 1987 (dibuka 2087) dan juga monumen Putrajaya pada tahun 2000 (dibuka 2020).

Walaubaimanapun, buat masa ini, sumber PLUS menyatakan tidak ada sebarang arahan membuka untuk ‘kapsul masa’ sehingga kini.


SEORANG LELAKI TERKEJUT JUMPA BATU BERSURAT DITANAM TUN MAHATHIR DI R&R RAWANG !!!
Seorang lelaki mengambil keputusan untuk mencari sendiri informasi yang didapati tentang perihal Tun Mahathir pernah tanam batu bersurat di RnR Rawang. Ini disebabkan oleh apabila lelaki ini bercerita tentang perkara itu, dia dapat gelak dari kawan-kawannya. Macam-macam la kan.

Apa-apa pun, lelaki itu telah pun temui Batu Bersurat yang dianggap mitos oleh kawan-kawannya. Dikatakan di bawah bersurat itu terletak sebuah kapsul yang mempunyai dokumen-dokumen rahsia yang hanya Tun Mahathir sahaja tahu apa isi kandungannya. Admin sendiri pun lepas tengok batu bersurat tu baru tau rupa-rupanya konsesi lebuhraya PLUS bakal tamat tahun 2018. Macam berita gembira je. Sebab selepas tu, sepatutnya dah tak perlu bayar tol PLUS dah. Tapi tak tahu la kalau tiba-tiba Abang Najib buat magic macam biasa hahahaha….23

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *