“Dalam Masa Tiga Hari Je Rizab Bank Negara Naik Rm430b , PH Pakai Lampu Aladin Ke” – sindir Najib

Jika ketika bergelar pembangkang sebelum ini Pakatan Harapan diketuai oleh Tun Dr Mahathir mendakwa Malaysia kini dikancah bankrap, tona suara tersebut berubah sama sekali selepas menjadi kerajaan persekutuan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Pekan semalam menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba mendakwa ekonomi negara kukuh kerana nilai rizab Bank Negara kini adalah RM430 bilion.

”Soalnya dalam tiga hari saja (selepas PH membentuk kerajaan) negara hampir bangkrap boleh jadi kukuh. Mereka ada lampu ajaib ke? Lampu Aladin ke? gosok dalam tiga hari. Tak payah selamatkan negara lagi,” katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan, semalam.

Kenyataan tersebut disuarakan Ahli Parlimen Pekan itu kerana Pakatan Harapan sering menggambarkan senario Malaysia berada diambang bankrap dan hutang yang banyak.

Tegasnya, ini membuktikan dakwaan dinyatakan oleh Pakatan Harapan adalah pembohongan.

”(Penipuan) ini yang buat saya rasa terkilan, bukan kekalahan. Tapi atas penyelewengan fakta sebenar. (Pembohongan ini) tak adil. Ini berita palsu,” tegas Najib.

Begitu juga janji PH untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurunkan harga barangan, menghapuskan hutang peminjam Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanyalah janji semanta-mata.

”Bila sudah berkuasa, berapa harga minyak? Kita tunggu bila harga minyak nak turun. Saya tahu sebab saya bekas Menteri Kewangan,” katanya sambil menambah kerajaan perlu membelanjakan sekitar RM1.5 bilion dalam bentuk subsidi untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter.

“Kenapa tak cakap perkara itu. Kenapa janji, bagi harapan palsu. Kita (BN) tak janji palsu. Kita janji apa yang kita mampu laksanakan. Mungkin saya silap, tidak ambil pendekatan matlamat menghalakan cara. Bila dapat kuasa, (janji) itu belakang kira,” katanya merujuk kepada kaedah politik janji bulan dan bintang oleh PH.

Najib walaubagaimanapun menerima kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sebagai menjunjung prinsip demokrasi negara.

Namun beliau tetap menyatakan rasa terkilan kerana segala perjuangan dan manfaat yang dibawa kerajaan BN selama ini dipatahkan dengan penyelewengan fakta serta janji-janji manis pihak lawan.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *