INI AMARAN KERAS PRESIDEN TURKI, EDROGAN KEPADA ISRAEL .. JANGAN MAIN MAIN DENGAN TURKI .. INI ‘KEKUATAN’ YANG TURKI ADA

 

 

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran jika Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Menurutnya, beliau akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sekiranya Amerika Syarikat pengiktirafan tersebut.

Turki dan Israel memulihkan hubungan diplomatik tahun lepas, enam tahun selepas Turki memutuskan perhubungan dalam protes pembunuhan sembilan aktivis Turki Palestin dalam pertempuran dengan komando Israel di atas kapal yang cuba menghancurkan blokade Israel di Gaza.

Dalam satu ucapan di televisyen, Erdogan berkata, Baitulmaqdis adalah garis merah buat umat Islam, lapor BBC.

Ucapan secara langsung itu ditujukan kepada Trump.

“Kita boleh putuskan hubungan diplomatik dengan Israel mengenai isu ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Israel, Naftali Bennett berkata, Erdogan tidak melepaskan peluang untuk menyerang Israel.

“Akan selalu ada yang mengkritik, tetapi pada akhirnya, penyatuan Baitulmaqdis lebih baik daripada simpati Erdogan,” katanya.

Trump, pada Rabu akan mengumumkan keputusannya sama ada memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Trump dikatakan telah berbincang dengan beberapa pemimpin dunia sebelum pengumumannya berhubung perkara itu.

Jurucakap Palestin berkata, Presiden Mahmoud Abbas telah memberitahu Trump bahawa memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Jerusalem akan membawa kesan berbahaya.

Raja Jordan Raja Abdullah turut berpandangan serupa berhubung kenyataan terbabit.

Beliau memberitahu Trump bahawa pemindahan kedutaan itu akan membawa kesan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/global/jangan-berani-isytihar-baitulmaqdis-milik-israel-1.766970

5 FAKTA MENGERIKAN KEKUATAN TENTERA TURKI YANG PERLU ANDA TAHU

Apabila bercakap tentang negara dengan kekuatan tentera yang terhebat, jarang sekali orang menyebut nama negara Turki. Sedangkan negara ini boleh dikatakan agak luar biasa kekuataannya. Tidak ramai yang tahu, negara kepimpinan Erdogan ini berada pada kedudukan ke-lapan dalam dunia yang mempunyai kekuatan tentera terkuat, malah merupakan satu-satunya negara islam menurut Business Insider.

Jadi, apakah sebab apa tentera Turki masuk dalam kelas teratas tentera dalam dunia? Berikut disiarkan laicikang.com seperti dikutip dari boomastis.com lima sebab kenapa tentera Turki dikatakan antara negara yang mempunyai kekuatan tentera paling kuat di dunia.

1. Jumlah Tentera Aktif Turki Cukup Banyak

Jika melihat data yang ada menurut Global Fire Power, jumlah anggota tentera Turki mencecah kira-kira 410 ribu orang. Jumlah ini boleh dikatakan sangat banyak dan jika dilihat dari rangkingnya, Turki menduduki kedudukan 14 negara dengan tentera terbanyak di dunia. Mereka mampu melawan negara-negara besar seperti Itali, Jepun, atau Arab Saudi.

Dengan jumlah tentera aktif yang sedemikian banyak, tentu ini jadi penyebab Turki itu kuat. Malah, walaupun kekuatan Turki jarang dilaporkan oleh media, Turki juga ternyata mempunyai banyak unit-unit khas yang kemampuannya sangat diakui.

2. Kekuatan Darat Tentera Turki Sangat Mematikan

Jika dilihat dari segi kekuatan sistem pertahanan daratnya, Turki boleh dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di Asia dan Eropah. Hal ini dilihat dari jumlah kenderaan tempur darat yang mereka miliki.

Jika dilihat dengan lebih teliti, Turki mempunyai sekurang-kurangnya 3778 buah kereta kebal yang sudah bersiap untuk berperang. Jumlah ini adalah yang tertinggi iaitu pada kedudukan ke-sembilan di dunia. Untuk kenderaan taktikal perang, negara ini mempunyai kira-kira 7550 dan menduduki tangga ke-tujuh terbanyak di dunia. Ini belum termasuk kenderaan pengangkut peluru berpandu.

3. Kekuatan Udara Turki Cukup Hebat

Turki bukan sahaja mempunyai kekuatan yang digeruni di darat, tetapi di udara. Mereka boleh dikatakan terlalu kuat jika dibandingkan dengan negara-negara tentera kelas dua. Tentang kekuatan pertahanan udara, dicatatkan Turki mempunyai kelengkapan yang cukup bagus.

Deretan pesawat Turki [Image Source]

Turki mempunyai kira-kira 207 jet pejuang, 64 helikopter tempur, serta kira-kira 439 pesawat pengangkut. Jika dilihat dari kedudukannya, Turki menduduki kedudukan ke-18 negara dengan jet pejuang terbanyak serta tangga ke-tujuh bagi negara pemilik helikopter tempur paling banyak.

4. Kekuatan Laut Turki Ternyata Luar Biasa

Tidak banyak yang tahu tentang kekuatan laut Turki. Oleh sebab itu, majoriti orang menganggapnya biasa-biasa sahaja. Sedangkan kekuatan laut Turki itu sangat luar biasa. Malah boleh dikatakan sebagai salah satu negara dengan keupayaan tentera laut paling digeruni di dunia.

Turki juga mempunyai kelengkapan laut yang sangat bagus. Mereka punya 16 buah kapal kapal fregat, 8 buah kapal korvet, serta kapal selam yang sejumlah 13 buah dan merupakan ke-sembilan terbanyak di dunia. Dengan gabungan jumlah pertahanan laut ini, Turki menjadi antara negara yang cukup ditakuti di lautan.

5. Bajek Tentera Turki Juga Tinggi

Ukuran kekuatan tentera bukan hanya pada jumlah tentera dan alat tempur saja, tetapi juga pembiayaan. Malah dana atau bajek boleh dikatakan adalah faktor paling utama daripada hal lain. Dan Turki adalah salah satu negara yang memperuntukkan bajek ketenteraan terbesar di Asia dan Eropah.

Jumlahnya sendiri cukup mengejutkan, iaitu kira-kira $18 bilion. Ini hanya peruntukan untuk sistem pertahanan saja, tentang kemampuan beli Turki juga luar biasa. Dana yang boleh dibelanjakan untuk tentera adalah kira-kira $ 118 bilion.

Inilah fakta mengenai kekuatan ketenteraan Turki. Antara negara lain yang turut termasuk dalam 10 negara besar terkuat itu adalah Jepun, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.

SUMBER : http://www.laicikang.com/archives/247

via http://gedebakviral.net

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *