Inilah Kos Sebenar Piala Dunia Untuk RTM..Citizen Perlu Tahu !!!

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kos penyiaran kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM adalah RM30 juta.

“Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta.”Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo kemudian menjelaskan RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan bertambah.

Tukar nama ke Tabung World Cup – Pemuda Umno

Pemuda Umno menyindir Tabung Harapan Malaysia dengan mencadangkan namanya ditukar kepada Tabung World Cup (Piala Dunia).

“Pun begitu, di sebalik mesej dan mainan sentimen kononnya ekonomi lemah sehingga sebuah tabung terpaksa dilancarkan untuk rakyat menyumbang membantu kerajaan mengurangkan hutang negara, jemaah menteri hari ini (semalam) mengumumkan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk membeli hak penyiaran siaran langsung Piala Dunia untuk ditayangkan secara percuma di RTM.

“Agaknya dah boleh ubah nama tabung ke Tabung World Cup,” ketua penerangan pergerakan itu Shahril Hamdan dipetik sebagai berkata oleh Umno Online.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia susulan kewangan negara yang “begitu buruk”.

Mahathir selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Datuk Seri Najib Razak dari BN mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pada hari yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran bagi membolehkan

RTM menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018.
Bagaimanapun, katanya, sebahagian kosnya akan diserap oleh penaja.

Sementara itu, Shahril juga berkata penjawat awam dan pesara juga terpaksa menerima tempias propaganda itu sehingga bonus hari raya lebih rendah daripada biasa dan hanya diberi kepada mereka yang bergred 41 dan ke bawah.

Rais: Jelaskan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia di RTM

Pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM.

Menerusi Twitter, bekas menteri penerangan itu turut meminta penjelasan daripada mana sumber dana itu diperoleh ketika kerajaan bercadang mengambil langkah berjimat cermat.”Ura-ura nak guna RM40 juta untuk pesta tayangan bola sepak di RTM mesti dirasionalkan oleh menteri.

“Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan? Kalau huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dengan Astro kongsi siaran. Selamatkan duit negara,” katanya.

Terdahulu hari ini, Gobind mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan disiarkan secara langsung sementara 14 perlawanan lain akan ditayangkan melalui siaran tertunda.

Menurutnya, kabinet memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran perlawanan berprestij itu.Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

Susulan itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyindir idea siaran secara langsung itu dan menyifatkannya sebagai “luar biasa”.Tan berkata barangkali itulah sebabnya kerajaan perlu mewujudkan tabung bagi rakyat Malaysia memberikan sumbangan untuk meringankan hutang negara.

“Saya ingin bertanya adakah tabung itu berkaitan dengan siaran Piala Dunia di RTM? Saya ingat kerajaan ingin jimatkan wang?” sindirnya.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *