“KERAJAAN BERI NAMA BARU” BR1M TU APA DIA ???

Kabinet hari bersetuju meneruskan skim bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah, namun ia bukan lagi dikenali dengan nama lama – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Semasa mengumumkan perkara itu pada sidang media di Putrajaya hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malah secara bergurau menyatakan tidak tahu menahu mengenai BR1M.

Ditanya wartawan mengenai bantuan untuk golongan terbabit Dr Mahathir berkata: “Saya tak tau tentang BR1M, tapi kini kita ada bantuan sara hidup. BR1M ni apa?” Kenyataan spontan itu kemudian mengundang ketawa anggota kabinet serta media.

BR1M sebuah skim diilhamkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak untuk individu yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah, atau keluarga dengan perolehan bulanan RM3,000 dan kurang.

Ketika ia banyak meringkankan beban golongan sasar, pada masa sama pengkritik mendakwa ada pihak yang tidak layak dibantu, turut mendapat manfaat daripadanya.

Pakatan Harapan turut mengkritik skim BR1M yang dianggap sebagai membeli sokongan daripada rakyat supaya terus menyokong BN.

Skim itu dimulakan pada 2012 dengan bayaran RM500 kemudian meningkat kadpa RM1,200 sebelum mencapai kadar RM2,000 menjelang pilihan raya umum lalu.

Sementara itu Dr Mahathir berkata kakitangan awam akan menerima bonus khas hari raya bernilai RM400, manakala pesara kerajaan RM200.

Sempena sambutan perayaan Aidilfitri juga perdana menteri mengumumkan semua konsesi lebuh raya di negara ini memberikan potongan harga sebanyak 50 peratus sebelum 1 Syawal.

Aidilfitri dijangka disambut di negara ini pada 15 Jun.

Kabinet juga, kata Dr Mahathir, bersetuju memilih slogan Sayangi Malaysia sebagai tema sambutan hari kebangsaan pada tahun ini.

Bayaran khas penjawat awam RM400, RM200 dibayar 6 Jun

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.

“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.

Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *