Lelaki Mabuk Sumbat Bom Dalam Kemaluan Isteri

 

SEORANG wanita meninggal dunia selepas suaminya yang mabuk memasukkan bom mortar ke dalam alat sulit isterinya ketika mereka melakukan seks.
Lelaki itu, Ruben Valera Cornejo menggunakan mortar berkenaan yang dijadikan sebagai barang hiasan di rumah mereka sebagai alat seks selepas kedua-duanya balik ke rumah setelah keluar minum.

Ruben ketika memberitahu polis berkata dia sangat mabuk dan tidak dapat mengingati banyak perkara ketika melakukan seks di rumah mereka di Peru.

Dia hanya ingat isterinya itu memintanya menggunakan objek dalam rumah sebagai alat seks.

Selepas itu dia tidur dan hanya mengetahui apa yang berlaku setelah bangun dari tidur. Ketika itu isterinya sudah meninggal dunia.

Siasatan polis menemui mortar yang dipenuhi darah bersama alat seks yang lain. Mortar itu sepanjang 16 inci dan lebar 2.4 inci.

“Ubat tahan sakit juga ditemui dan ia dipercayai untuk mengawal kesakitan,’’ kata polis.

Susulan itu Ruben ditangkap kerana disyaki membunuh. Dalam pada itu bapa mertuanya, Llerena berkata menantunya itu patut dipenjara atas apa yang dilakukan kepada anak perempuannya.

 

 

Blogger Remaja Gurau Beri Seks Percuma

PADAH bergurau tidak kena tempat, seorang blogger remaja mencetuskan kekecohan di China selepas memaklumkan menerusi media sosial bahawa dia menawarkan perkhidmatan seks secara percuma.
Tindakan penulis blog tempatan yang dikenali sebagai Miss Ye itu mengakibatkan 3,000 lelaki membanjiri sebuah hotel, tempat di mana remaja itu dikatakan bermalam.

Miss Ye, 19, sebelum itu telah memuat naik entri berkenaan pada pukul 8 malam dengan menawarkan perkhidmatan seks percuma. Dia turut menyatakan nombor biliknya di hotel Double Tree.

Sebaik sahaja entri itu dimuatnaik, pelbagai jenis lelaki datang mengetuk pintu biliknya dan pada masa sama pihak hotel juga dibanjiri dengan panggilan telefon bagi bertanyakan mengenai Miss Ye.

Miss Ye kemudiannya menjadi takut hingga terpaksa menjelaskan bahawa dia hanya bergurau. Dia juga merayu kepada netizen supaya tidak mencarinya di hotel berkenaan.

Namun rayuan itu tidak dihiraukan malah mereka sanggup beratur di luar biliknya. Polis yang mendapat laporan telah menahan Miss Ye kerana disyaki melakukan pelacuran.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *