Lepas Gajah, Babi, Giliran Ular Pula Beraksi…

SEJAK dua menjak ini, kecoh di Malaysia dengan ragam haiwan liar yang mengejutkan orang ramai.
Kalau sebelum ini kes gajah masuk kantin sekolah, babi masuk dalam masjid. Kali ini, dua ekor ular masuk dalam bahagian motosikal.

Bercakap mengenainya, seorang penunggang motosikal telah kemalangan akibat daripada dua ekor ular yang muncul dari bahagian hendal kenderaan itu sekitar 8 malam semalam.

Dipercayai, ketika menunggang motosikal, seekor ular telah muncul dari pemegang tersebut dengan menyentuh tangan penunggang motosikal berkenaan.

Bagaimanapun, Mynewshub belum dapat mengenal pasti identiti penunggang motosikal tersebut dan di mana lokasi kejadian.

Insiden tersebut telah mengejutkan penunggang motosikal itu dan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Sejurus kemudian, anggota bomba dan penyelamat yang dipanggil kemudian tiba di tempat kejadian untuk operasi menangkap haiwan liar itu pula.

Mangsa bagaimanapun telah dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan serta telah mengalami patah tulang bahu dan tulang pinggul.

Ia bukan sahaja mencetuskan keadaan kecoh dalam kalangan penduduk setempat, insiden tersebut kemudian tular menerusi media sosial sejak malam semalam.

Rata-rata netizen di media sosial memberi pandangan kepada penunggang motosikal, perlu memeriksa dahulu motosikal sebelum dinaiki dan berhati-hati ketika menunggang.

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *