Kerana Hutang Syurga Tertangguh – Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang

Kerana Hutang Syurga Tertangguh – Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang. Seperti yang sedia maklum, hutang kini menjadi asas dalam kehidupan masyarakat hari ini. Dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang kecil, hutang adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan keuntungan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau sebaliknya. Bagi mereka yang berkemampuan, hutang juga menjadi pilihan utama kerana beranggapan bahawa pembelian secara tunai adalah merugikan.

Ramai yang gemar berhutang kerana kurangnya pengetahuan dalam agama tentang bahaya hutang dalam Islam yang ramai tidak ambil endah malah ramai yang enggan membayar hutang mereka atas sebab- sebab tertentu. Harus diingat hutang adalah wajib dibayar walaupun kita berhutang dengan orang bukan Islam. Antara hutang yang banyak berlaku dalam masyarakat kita adalah seperti hutang perumahan, hutang kereta, hutang pendidikan, hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi dan hutang-hutang kecil yang lain. Tempoh berhutang mungkin dari satu tahun hingga 30 tahun lamanya.

Berikut adalah antara pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

Kerana Hutang Syurga Tertangguh - Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang  Via – zaharuddin.net

Daripada Hadis di atas jelaslah bahawa Islam amat menitikberatkan soal hutang dan kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Kerana Hutang Syurga Tertangguh – Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang

Kerana Hutang Syurga Tertangguh - Cara Terakhir Menyelesaikan HutangPernah tak kita mendengar, tertangguh seseorang itu masuk ke Syurga walaupon matinya dari mati Syahid kerana Hutang yang tidak terjelas? mesti ramai di antara kita pernah mendengar atau membacanya. Bagaimana keadaannya andai kita meninggal sebelum sempat menjelaskan segala hutang yang ada pada kita?

Harus diingat kematian tidak pernah menunggu kita, ada orang yang muda matinya, ada orang yang tua matinya dan ada juga orang yang hidup tetapi seperti mati (lumpuh seluruh badan). Adakah kita berharap isteri atau anak-anak kita akan menjelaskan hutang-hutang kita apabila kita meninggal? Adakah mereka mampu menjelaskan hutang kita yang terlalu banyak? adakah mereka perlu menunggu KWSP, Bank, ASB, Tabung haji atau lain – lain perbankan simati untuk digunakan untuk menjelaskan hutang?

Malangnya ramai yang tidak mengetahui info ini, sebenarnya andai seseorang itu meninggal, semua akaun bank, Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji atau lain-lain perbankan akan dibekukan. Penama yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka simati. Sehubungan itu, penama bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan yang diterima mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak dan yang paling penting harus diingat tempoh untuk pemprosesan pengeluaran daripada harta yang dibekukan akan mengambil masa yang sangat lama sehingga adakalanya sehingga mungkin bertahun lamanya bergantung kepada prosedur yang dijalankan.Pembahagian hukum Faraid boleh seperti berikut – KLIK –

Dalam tempoh untuk mendapatkan kembali harta pusaka arwah yang mungkin mengambil masa yang bertahun lamanya, cuba bayangkan dalam setahun itu bagaimana keadaan mereka yang ditinggalkan? iaitu isteri dan anak-anak yang ditinggalakn yang hilang separuh atau sepenuhnya punca pendapatan untuk meneruskan hidup? bagaimana untuk kelangsungan hidup mereka? makanan, pakaian, pendidikan anak-anak, bil-bil rumah yang perlu dijelaskan setiap bulan dan lain-lain lagi? dan yang paling penting ialah hutang-hutang yang tidak sempat kita jelaskan sebelum kita pergi ke alam barzakh. Bagaimana waris ingin menjelaskan hutang-hutang tersebut? bagaimana nasib mereka? dan nasib kita sendiri di alam sana?

Cara Terakhir Menyelesaikan Hutang

Kerana Hutang Syurga Tertangguh - Cara Terakhir Menyelesaikan HutangTerdapat 1 cara yang patuh syariah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang kita apabila kita meninggal dunia. Iaitu dengan Hibah Takaful. Mesti ramai yang pernah mendengarnya tetapi tidak tahu apa fungsinya. Hibah bermaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia. Sebagai contoh andai Encik Ali mengambil Hibah Takaful bernilai RM 500 ribu dan diwariskan(penama) kepada isterinya iaitu Puan Suraya, maka andaikata Encik Ali meninggal dunia, Puan Suraya akan mendapat sepenuhnya RM 500 ribu hibah Takaful yang diwariskan kepadanya dan tiada hukum faraid. Proses ini tidak mengambil masa yang lama kerana Puan Suraya adalah penama mutlak dan andai kata Encik Ali mempunyai 2 orang isteri, isteri yang lain juga tidak boleh menuntut wang hibah tersebut kerana sijil hibah Takaful tersebut adalah milik Puan Suraya. Puan Suraya dapat menggunakan hibah tersebut membayar segala hutang suaminya, pendidikan anak mereka dan kelangsungan hidup Puan Suraya dan anak-anaknya sementara menunggu harta yang dibekukan dapat dikeluarkan dan insyaAllah arwah Encik Ali boleh pergi dengan tenang.
 

Mungkin Hibah Takaful tidak boleh menggantikan mereka yang telah tiada, tetapi ianya boleh digunakan untuk mengurangkan beban keluarga dengan membayar hutang yang ditinggalakan simati, dan untuk perbelanjaan kelangsungan hidup mereka yang ditinggalkan dan juga hibah selebihnya boleh digunakan untuk modal perniagaan atau lain-lain lagi.

Bagaimana Ingin Menyertai Hibah Takaful?

Seperti yang sedia maklum, Hibah bermaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia. Hibah Boleh dibuat serendah RM 250 ribu sehingga RM 4 Juta dan ianya tiada faraid.

 

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *