Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat

Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat. Rasanya ramai yang sedia maklum tentang satu gambar laporan polis yang dimuat naik di laman sosial facebook dan whatsapp tentang laporan polis dibuat seorang pakcik iaitu Mohd Said Bin Mohamed Jaid, 56 tahun yang mendakwa terganggu dan tidak selesa dengan laungan azan dan tahrim yang terlalu kuat dari Masjid Perjiranan 9 di Pasir Gudang Johor. Laporan polis yang dibuat itu walaubagaimanapun kurang disenangi penduduk setempat dan orang ramai terutama orang Islam.

Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat                                         Laporan polis yang dibuat Mohd Said Bin Mohamed Jaid

Akibat dari desakan penduduk setempat yang marah dengan laporan polis itu, ada hamba Allah yang tampil bagi menjelaskan perkara sebenar sebab mengapa Mohd Said Bin Mohamed Jaid membuat laporan polis akibat laungan azan yang terlalu kuat. Berikut dikongsikan kenyataan seorang hamba Allah yang mengelarkan diri sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang.

Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat                             Penduduk setempat yang marah dengan laporan polis yang dibuat lelaki terbabit

Punca Sebenar Seorang Lelaki Buat Laporan Polis Laungan Azan Terlalu Kuat

Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
 

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua. Selain itu, terdapat hadis yang menerangkan tentang hal ini..

Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Semoga bermanfaat 🙂

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *