Penduduk gempar anak kerbau berkepala buaya. Netizen Terkejut Melihatnya Beberapa Gambar.

PENDUDUK di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.

Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.

Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.

Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya. – Agensi

Sumber

Gempar! Lagi Haiwan Pelik Ditemui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sebelum ni mungkin ada yang dah baca tentang makhluk pelik yang dijumpai di Antartika, Makhluk pelik yang dijumpai di Seoul dan juga haiwan pelik dijumpai di New York bukan? Kali ini haiwan pelik ini ditemui di Malaysia. Mungkin ada yang pernah melihat haiwan ini tetapi mungkin tak ramai..

MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Sumber

Gempar! Buaya Sembunyi Bawah Katil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya jarang kita dengar kes sebegini, bagaimana buaya boleh bersembunyi di bawah katil di sebuah rumah tumpangan. Tapi itulah yang berlaku di Rumah Tumpangan Humani di Zimbabwe di mana buaya didapati bersembunyi di bawah katil di sebuah bilik.

**lihat gambar dibawah

Zimbabwe – Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.

Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.

Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.

“Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya,” kata Whittall.

Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.

Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.

Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.

sumber ihsan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *