PANDUAN RUMAH TANGGA BAHAGIA

Sebut sahaja “perkahwinan” ia adalah satu fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya dan ia juga merupakan satu perkara yang mulia yang boleh memperbanyakkan lagi umat Muhammad S.A.W.

Apabila seseorang itu dipertemukan jodohnya, maka haruslah dipercepatkan dan disegerakan majlis pernikahannya, agar terbinalah satu kehidupan berkeluarga yang hormoni dan bahagia serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Dari itu, bermulanya mencari Jodoh sehingga berlangsungnya Ijab dan Kabul, kesemuanya perlulah dijalankan mengikut hukum syariah dan ajaran islam agar ia dimurliakan disisi Allah S.W.T.

Rumah Tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. oleh yang demikian perlulah setiap pasangan berusaha untuk menambah baik setiap perhubungan. Setiap pasangan perlulah arif dan sedar akan kewajipan masing-masing seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Memiliki rumah tangga yang bahagia maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang baik. iaitu masyarakat yang sesuai menjadi ikutan, masyarakat yang cintakan akan keluarganya, berilmu, suami isteri yang harmoni, ibu bapa yang penyanyang serta pandai mendidik.

Demikianlah pentingnya rumah tangga yang baik, aman dan hormoni. Jika sesebuah rumah tangga itu selalu bertelagah dengan adanya sifat yang tidak baik seperti saling benci membenci, mencurigai dan sebagainya perlulah ia segera mencari jalan penyelesaiannya.

Orang yang sudah dewasa dan sanggup memikul tanggungjawab bergelar suami disuruh berumah tangga, mendirikan rumah tangga adalah amalan yang mulia sehingga menyamai mendirikan sebuah masjid. Seperti mana disebut dalam Al-Quran.

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba kamu yang lelaki dan perempuan, jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezekinya dan Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

KERUNTUHAN DAN KEMUNGKARAN RUMAH TANGGA
Memang berat memikul beban berumah tangga, tanpa ilmu yang cukup serta kekurangan didikan agama, ia lebih menjurus kearah penceraian, walaupun penceraian itu dihalalkan oleh Allah S.W.T tetapi ia juga dimurkai oleh Allah SWT.

Seorang ketua keluarga iaitu mempunyai tanggungjawab memimpin keluarganya kejalan yang diredhai oleh Allah iaitu mengejakan perintah serta menjauhi larangannya. Para suami akan ditanya nanti diakhirat kelak tentang keluarganya dan tidak cukup hanya suami sahaja yang mengejakan larangannya tetapi keluarganya dibiarkan bercelaru tanpa haluan semua itu akan ditanya kelak.
Contoh dibawah jelas menunjukkan keruntuhan serta kemungkaran dalam rumah tangga:

 

  • Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat “gigitan cinta” perempuan lain di badannya

 

 

 

  • Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain…

 

 

 

  • Setiap kali saya mahu keluar rumah, dia akan marah-marah dan kata saya nak pergi berdating dengan betina lain.

 

 

  • Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

 

 

 

  • Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya

 

 

 

  • Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

 

 

  • Sudah lebih 2 tahun saya tidak melakukan hubungan intim bersama isteri saya. Saya sudah tidak tahu lagi apa yang harus saya lakukan untuk mengembalikan semula kemesraan hidup kami semula.

 

  • Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar

MEMBINA RUMAH TANGGA YANG BAHAGIA
DENGAN ILMU

Firman Allah S.W.T maksudnya: “Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan, bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Ya sahabatku..!
Untuk membina rumahtangga yang bahagia.. kita perlukan ilmu. Alam rumahtangga sebenarnya adalah alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Hanya dengan ilmu, segala cabaran dan dugaan itu akan dapat ditangani dengan baik dan bijaksana.

Bayangkan, dua individu yang berbeza jantina, juga dengan sifat dan sikap yang berbeza, serta latarbelakang kehidupan yang berbeza, kini tinggal serumah untuk menjalani kehidupan yang baru.. pastinya, akan ada perselisihan dan salah faham yang akan berlaku.. Tetapi, jika kedua-dua pihak mempunyai ilmu serta sikap yang baik, pasti segala perselisihan dapat di selesaikan.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *