Rawat Barah (Kanser) dengan Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme)

Professor USM Temui Keladi Tikus Rawat Kanser
Akhbar Utusan 17.8.1998

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai ‘keladi tikus’ atau nama saintifik “TyphoniumFlagelliforme” yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat UniversitiSains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.

“Ketika itusaya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantumereka membiakkan keladi tikus,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 700 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.

Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif.Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benarkeladi tikus.

“Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,” katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar.

Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari.

“Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga bolehmenggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,” tambah beliau.

Prof. Teo berkata, pesakit yang tidakmengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasagatal.

Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,” jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup,pemakanan dan perlu menukar metabolisma badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing)

Para pesakit kanser dapat memiliki harapan hidup yang lebih lama dengan ditemukannya tanaman “keladi tikus” (Typhonium Flagelliforme / Rodent Tuber) sebagai tanaman ubat yang dapat menghentikan dan mengubati berbagai penyakit kanser dan pelbagai penyakit berat lain. Tanaman sejenis talas dengan tinggi maksimum 25 hingga 30 sentimeter ini hanya tumbuh di semak yang tidak terkena sinar matahari langsung.
Antara Kanser yang boleh diubati menggunakan Typhonium Flagelliforme adalah :
1 – Kanser Usus
2 – Kanser Hati
3 – Prostate
4 – Rectum (Buasir)
5 – Luekimia
6 – Cervical (Pangkal Rahim)
7 – Saraf
8 – Kanser Payudara
9 – Tumor
10 – Kanser Kulit
12 – Kanser Tulang
13 – Kanser Paru-Paru

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *