Raya Tahun Lepas Ada 104 Persalinan, Tahun Ini Che Ta Pilih Bersederhana. Sedia 20 Pasang Baju Saja!

Setiap kali raya penampilan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta ini memang jadi perhatian. Ramai yang nak tahu berapa ratus pasang baju raya akan disediakan oleh isteri Zain Saidin ini.

Kalau tahun lepas ada yang mengecam kerana melaram dengan 104 pasang baju tajaan Butik Minaz, tahun ini  Che Ta memilih untuk bersederhana.

Percaya tak tahun ini beliau hanya menyediakan 20 persalinan begitu juga dengan semua ahli keluarganya.

Pun begitu keterujaannya untuk menyambut raya tetap sama malah dia sudah menggosok semua baju raya kerana tak sabar untuk meraikannya.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,”ujarnya.

Kita pun tak sabar juga nak tengok baju Che Ta nanti kan. Sementara itu layan lah dulu gambar mak Aaisyah Dhia Rana yang tak pernah tak cantik.

 

Sumber: Mstar Online &rozitachewan1

Melaram Dengan 104 Pasang Baju Raya, Sebelum Dikecam Che Jelaskan Kenapa

Melaram Dengan 104 Pasang Baju Raya Tahun Ini, Sebelum Dikecam Che Ta Jelaskan Kenapa

Setiap kali raya mesti akan ada cerita tentang baju raya Che Ta atau Rozita Che Wan. Tahun ini sudah tentu apatah lagi dia bakal melaram dengan 104 pasang baju raya.

Banyak kan. Tapi kali ini supaya tidak menjadi mangsa kecaman netizen seperti tahun lalu dia pantas membuat kenyataan.

Ujar Che Ta sebahagian daripada baju raya berkenaan diberikan oleh jenama pakaian Minaz yang mana dia merupakan duta kepada jenama tersebut.

Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya.

“Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Dalam pada itu isteri kepada Zain Saidin ini juga ada menempah 10 pasang baju raya dengan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk dirinya dan keluarga.

Sumber : BH Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *