SELAMATKAN WHATSAPP ANDA DARIPADA DICEROBOH MELALUI TETAPAN TERBARU INI !!!

Kecoh baru-baru ini apabila tersebar sebuah video menunjukkan cara-cara untuk mengakses Whatsapp individu lain dengan memasukkan nombor telefon di ruangan daftar. Lebih parah lagi apabila terdapat individu yang mencadangkan pengguna untuk melakukan ‘taktik’ sedemikian bagi mengetahui ‘aktiviti’ pasangan mereka.

Menerusi update terbaru Whatsapp, aplikasi ini telah mengumumkan penambahbaikan dari segi sistem sekuriti untuk menghalang pengguna daripada mengaktifkan nombor tanpa memasukkan kod 6 digit sebagai password. Lebih penting, kemaskini terbaru ini dapat menyelamatkan data Whatsapp anda daripada terlepas kepada pihak yang tidak diingini.

Fungsi yang telahpun didatangkan dengan versi beta sejak November ini kini telah mula dikeluarkan pada platform iOS, Android dan Windows apps secara serentak. Sebelum memulakan tatapan, pastikan anda telahpun mengemaskini aplikasi Whatsapp anda kepada versi terbaru.

Untuk mengaktifkan fungsi terbaru daripada Whatsapp ini, anda perlu ke Settings seterusnya Account, Two-step verification dan tekan pada butang Enable. Anda akan menerima email serta kod 6 digit sekiranya anda berjaya mengaktifkan fungsi ini dengan sempurna. Sangat pantas dan mudah.
SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *