Siapa yang parking kereta di ERL Salak Tinggi, cek dulu tayar sebelum pergi

Sekarang ini, pelbagai taktik yang digunakan oleh sesetengah untuk memerangkap mangsa mereka bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Tidak pasti sama ada terdesak akibat tekanan ekonomi ataupun malas semata-mata, golongan ini dilihat tidak teragak-agak untuk memperdayakan mangsa mereka untuk tujuan peribadi.

Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman tayar kereta beliau yang hampir dipancitkan oleh individu yang tidak dikenali ketika meletakkan keretanya itu di parking bertingkat ERL Salak Tinggi.

Menurut Wan Al-Ter, kejadian yang berlaku pada 21 Mei 2018 itu hanya disedari oleh beliau ketika mahu memasuki keretanya pada jam 10.45 malam setelah melihat dua batang paku yang terpacak pada tayar belakang keretanya, di sebelah kanan pemandu.

Tambah Wan lagi, kebetulan petak parking disebelahnya itu kosong pada waktu itu telah memudahkan beliau menyedari dengan segera sebelum berlaku sebarang kerosakan pada tayar kenderaanya itu. Baca luahan beliau di Facebok di bawah.

Ditakdirkan, kebetulan sebelah kereta aku tiada kereta yang parking. Jadi, ternampak 2 biji paku terpacak bawah tayar depan dan belakang (sebelah kanan pemandu).

Rezeki haram juga yang hang cari dalam bulan puasa ni.

Kalau lah kena tadi, kan dah menyusahkan aku sekeluarga.

Kalau ikutkan hati, aku nak cari sampai dapat siapa yang buat ni. Paku pun aku dah ambil dengan guna tisu untuk kekalkan cap jari. Tapi, aku serahkan pada pengurusan parking ERL salak tinggi untuk ambil tindakan.

Harap-harap sesiapa yang selalu guna parking ERL Salak Tinggi, mohon check dulu tayar sebelum bergerak. Kemungkinan besar taktik ini akan diteruskan selagi mereka tak kantoi.

Hm, kenapalah kereta aku juga yang hampa target ni. Tengok kereta sebelah lain tenang je oi.

Sila viralkan untuk kesejahteraan tayar rakyat Malaysia.

Selamat berpuasa semua.
Makan duit dari hasil kesusahan orang lain.

Tak ada CCTV ke?

Kalau jumpa, bagi makan paku.

Kira halal sajalah.

Sumber : Wan Al-Ter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *