Sikap Menteri Yang Dikagumi Oleh Semua!!! Allhamdullilah

Nama Dr. Maszlee Malik semakin dikenali setelah dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Mei lalu.

Terbaru, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor itu hadir ke jemputan Majlis Iftar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11(1), semalam.

Beberapa keping gambar di sekitar majlis yang berlangsung penuh imarah itu telah dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi KPM.

Menurut laporan Bernama Radio di Instagram, pemimpin berusia 44 tahun itu juga turut mengimamkan solat Maghrib setelah selesai berbuka puasa bersama warga kerja KPM.

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata amat mengagumi sifat dan kepimpinan di bawah pentadbiran Maszlee yang mementingkan nilai agama dengan cara yang lembut.
Memang hebat & terbaik!
Kepimpinan macam ni kita nak…

Menteri kena mula dulu…

Contoh terbaik oleh pemimpin PH…

Dalam majlis itu juga, beliau turut menggesa semua universiti awam untuk menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek seperti amalan di institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.

Sumber : KPM , Bernama Radio via oh my media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *