“Tak Puashati” Paramugari demo bogel kerana Majikan Buat Masalah. Inilah Puncanya..

MACAM-MACAM cara protes. Paramugari ini protes syarikat penerbangannya yang belum membayar gaji mereka dengan cara berphoto bogel. Seperti dikutip Ananova.com, paramugari perlu menanggalkan bajunya untuk dipamerkan.

Sembilan paramugari, pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Sepanyol yang telah muflis, Air Comet. Mereka berpose telanjang untuk sebuah kalender sebagai bukti protesnya. Aksi protes ini dilakukan kerana Air Comet gagal untuk membayar gaji pekerjanya hingga sembilan bulan.

Syarikat tersebut memiliki hutang sekitar 160 juta euro, termasuk upah yang belum dibayar. Kini paramugari ini, telah memutuskan berpose telanjang sebagai cara untuk menarik perhatian membayar gaji paramugarinya.

“Namun mereka juga berharap wang dari berfoto telanjang di kalender dapat membantu situasi kewangan mereka,” kata Michel Velasco dari Alzafatas Alta Tacon, sebuah agen untuk paramugari dan model yang menaungi pramugari ini. (IH)

Artikle Berkaitan
Gadis koma selepas rawatan besarkan bontot.
BANGKOK: ‘Doktor’ kosmetik tanpa lesen, Thanat Natveerakul, 24, yang dikenali sebagai Dr Pop, membuat pengakuan dia menyuntik sejenis bahan pengisi di punggung Athitiya Eiamyai, 33 tahun yang menyebabkan mangsa koma.
Thanat menyerah diri kepada Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak, semalam.

Dia mengaku tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu tetapi berkata pernah bekerja sebagai pembantu di klinik kulit dan diberi tugas untuk membuat suntikan. Selepas mendapat pengalaman, dia meletak jawatan dan mula mencari pelanggan sendiri yang datang kepadanya melalui hebahan mulut ke mulut.

Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual.

Perkhidmatan yang biasa diberikan termasuk suntikan untuk pemutihan kulit dan suntikan membesarkan saiz punggung pada harga antara 500 dan 1,000 baht (RM50 dan RM100) tetapi dia mengenakan bayaran 40,000 baht (RM4,000) kepada Athitiya kerana dia menggunakan bahan pengisi yang diimport, sebelum ini dilaporkan sebagai kolagen.

Thanat berkata dia menyesal menyebabkan Athitiya koma dan akan membayar kos rawatan perubatannya. Dia turut meminta maaf kepada ibu bapa Athitiya yang berkata mereka tidak menyalahkan Thanat sepenuhnya kerana anak mereka secara sukarela mendapatkan perkhidmatannya. – Bangkok Post

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *