‘Tulah Sape Suruh Ko Tendang Pengemis,Kan Dah Kena Balasan Cash!’-Video Pengemis Ditendang Viral,Ini Yg Jadi Pada Si Pelaku

Bila bercakap tentang pengemis,memang dekat mana-mana tempat dan negara pasti juga ada. Di kampung-kampung atau di bandar,negara maju atau negara mundur,mereka memang selalu ada meminta bantuan kewangan di tepi jalan.

Mereka ini biasanya tidak berumah, makan minum tidak menentu dan selalu berlapar setiap masa. Sebab itulah dengan bantuan walau seringgit dua,dapatlah mereka membeli roti dan air untuk mengalas perut.

Tidak di nafikan kadang-kadang kehadiran pengemis ini memang tidak di senangi ramai pihak.Apatah lagi jika mereka mengemis di kedai makan dan meminta duit dari para pelanggan.

Ada sesetengah orang tidak kisah, tapi ada juga yang sensitif sebab mereka nampak berbaju lusuh dan tidak bersih.Kadang-kadang tuan kedai juga mungkin boleh naik angin melihat kelibat pengemis yang meminta makanan dari kedai mereka.

Seperti dalam rakaman video ini,seorang pengemis yang di katakan membawa tongkat tidak mampu untuk melawan apabila dia di marahi oleh seorang lelaki berkepala botak. Tidak pastilah apa punca sebenar membuat abang botak itu sangat marah padanya.

Pengemis itu pula di lihat hanya tunduk dan membiarkan sahaja kepalanya di tolak,di pukul serta dirinya di tendang. Orang yang lalu-lalang pula tidak berbuat apa-apa selain membiarkan sahaja pengemis itu seperti di buli.

Namun begitu,tiba-tiba ada seorang lelaki yang datang memberi tendangan kepada abang botak itu.Kelihatan giliran abang botak pula di marahi oleh lelaki berkenaan.

Ramai yang sokong tindakan lelaki itu. Moralnya di sini,jika kita  jumpa pengemis,hulurkanlah sekadar yang mampu.

Kalau tak suka mungkin dia datang ke kedai makan kita, mintalah dia beredar cara baik.Ramadhan yang mulia ini jangan lupa untuk selalu bersedekah buat mereka yang memerlukan ya.

Lihat kesudahan dalam video penuh di bawah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Malaysian Funny via KisahDunia

Kredit : kepoh kuat

SUMBER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *