[VIRAL] Sahut Cabaran Tarian ‘Lagi Syantik’ Versi Sajat & Dato’ Aliff Syukri. Wow Lembutnya Tangan Dia, Mendapat Pujian Netizen

Jutawan Kosmetik Sajat & Dato’ Aliff Syukri sekali lagi jadi bualan netizen apabila menyahut cabaran melakukan tarian ‘Lagi Syantik’ yang mula tular di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Dato’ Aliff Syukri berkongsi sebuah video dan menunjukkan bakat tariannya.

Video yang dikongsikan oleh Sajat & Dato’ Aliff Syukri sejak semalam (Isnin) kini mendapat lebih daripada 942,367 ribu tontonan dengan 2,904 komen.

Rata-rata peminat memuji tarian dilakukan oleh Sajat & Dato’ Aliff Syukri dan mereka kagum dengan sikap bersahaja yang ditunjukkan oleh dirinya dalam video tersebut.

Turut memberi komen video trsebut adalah penyanyi asal lagu ‘Lagi Syantik’ Siti Badriahh dengan menulis “Mekasih Aka”,Selain Itu Artis Tempatan Juga ada memberi komen seperti Ayu Raudah Dan Ayda Jebat

Antara Komen Komen Netizen Yang Memuji Sajat dan Dato’ Aliff Syukri

Jom lihat video penuh di bawah

Sumber/ Foto: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Sementara itu, antara selebriti yang menyahut cabaran lagi syantik.

Ramai rupanya yang panas ‘tangan’ nak membawang, bila pelakon handalan Fasha Sandha memuat naik video zumba, ‘Lagi Syantik’. Ada dua versi, yang versi sopan itu ramai betul netizen suka.

Sebenarnya inilah salah satu cara untuk Fasha melupakan perasaan rindunya ketika terpaksa berjauhan dari anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Lagi-lagi sekarang ini, Fasha sedang menjalani pengambaran filem seram ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang jauh di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak. Kata Fasha, lokasi shootingnya itu jauh dekat gua pendalaman. Bila dah jauh macam itu, barulah rasa betapa seksanya berjauhan dari keluarga dan cinta hati.

“Wah.. wah.. wah.. nampaknya ramai yang suka dan ada juga kecam video sis berzumba. But, ada sis kisah ke? Shooting filem memang ambil masa yang lama. Banyak masa menunggu. Jadi, untuk habiskan masa menunggu, kami bersenam.”

“Berzumba exercise pun kena kecam kata sis ni tergedik-gedik menari. Haih, this is what i like, apa masalahnya sayang? orang yang kecam tu ada masalah hati.”

Kami Je Yang Tahu Betapa Seksanya Berjauhan Dengan Keluarga

“Kalau teringin nak join, DM je kawan-kawan sis kat sini k sayang. Kami ni kat gua pendalaman ni, kami je yang tau betapa seksanya berjauhan dengan keluarga dan cinta hati tersayang dalam tempoh yang sangat lama. Anak-anak sis pun tak ada depan mata. Kalau ada, nak pegang phone pun tak sempat.”

“Ini memang team ni punya favourite. Ramai gang Zumba. Daripada membawang hal orang, kami bersenam. Suka tengok k. Tak suka silakan unfollow segera. Ni album instagram sis jadi sis punya suka nak buat apa ok.”

“Sis dah kata, sis tak suka followers ramai, masalahnya followers sis bertambah naik. Yang kecam tu sebenarnya suka ke sayang? Tepuk dada tanya selera.” Luah Fasha dalam instagram miliknya.”

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *